Powered By Blogger
Powered By Blogger

Rabu, 12 November 2014

APA ITU BEKAM?

Apa itu bekam?

Perkataan "Al Hijamah" berasal dari istilah bahasa Arab yang bermaksud "pelepasan darah kotor" dan bukan "Al Fashd" (pembuang darah).Dalam bahasa Inggris disebut dengan "cupping".Dalam bahasa Melayu dikenali dengan istilah "Bekam".

Bekam merupakan salah satu kaedah rawatan dan rawatan ini merupakan sunnah Rasulullah saw yang telah lama dipraktikkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala.Kini kaedah rawatan ilmiah dengan suatu alat lebih efektik,tanpa sebarang mudharat,Insya Allah.

Kulit merupakan organ yang terbesar yang meliputi jasad manusia dan sebab itubanyak toksin atau racun terkumpul dibawah lapisan kulit.Dengan berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia.Ini salah satu proses pengeluaran toksin yang berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan Insya Allah.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan penyakit,memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.Sesungguhnya semua kaedah yang dilakukan ini merupakan ikhtiar kita sahaja,Allah jua yang berupaya memperkenankan dalam penyembuhan penyakit.

 YAKIN ALLAH S.W.T
 MAHA PENYEMBUH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan